Apabila Allah SWT dalam Islam
merupakan cermin yang tertinggi, maka keadilan yang disaksikan oleh
Allah SWT terhadap diri-Nya sendiri harus menjadi karakter Islam dan
kaum Muslim. Keadilan dalam Islam bukan hanya keadilan ekonomi atau
keadilan hukum atau keadilan dalam balasan, tetapi ia mencakup
semuanya. Sebelum semua ini dan sesudahnya, keadilan dalam Islam
merupakan suatu sistem dalam kehidupan dan metode utama dalam Islam.
Ketika Anda memalingkan pandangan
Anda dalam Islam, maka Anda akan menemukan keadilan menghiasi seluruh
wajah Islam. Di sana terdapat keadilan antara agama-agama yang dulu,
keadilan antara individu dan masyarakat, keadilan antara dunia dan
agama, keadilan antara lelaki dan wanita, keadilan untuk orang-orang
yang fakir dan orang-orang yang kaya, keadilan antara para penguasa
dan rakyat, bahkan dengan keadilan itu sendiri bumi dan langit
ditegakkan dan Allah SWT menyebut diri-Nya sebagai al-'Adl (Yang Maha
Adil).
Selanjutnya, Islam adalah agama
yang sudah lama sebagaimana lamanya kedatangan para nabi. Nabi Nuh as
berkata dalam surah Yunus:
"Jika kamu berpaling
(dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikit pun darimu.
Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka dan aku disuruh supaya
aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (kepadanya)."
(QS. Yunus: 72)
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as
berkata dalam surah al-Baqarah saat keduanya membangun Ka'bah:
"Ya Tuhan kami, terimalah
dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan Kami, jadikanlah kami berdua orang
yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami
cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat
kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha
Penyayang. " (QS. al-Baqarah: 127-128)
Nabi Ibrahim tidak lupa untuk
berwasiat kepada keturunannya dan di antara mereka adalah Yakub agar
mereka mati dalam keadaan Islam. Allah SWT berfirman:
"Dan Ibrahim telah
mewasiatkan ucapan itu kepada anaknya, Demikian pula Yakub. (Ibrahim
berkata): 'Hai anak-anakku, Sesungguhnya Allah telah memilih agama
ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama
Islam.'" (QS. al-Baqarah: 132)
Ketika kematian mendekati Yakub,
beliau mengumpulkan anak-anaknya di sekelilingnya dan bertanya kepada
mereka:
"Apa yang kamu sembah
sepeninggalanku? Mereka menjawab: 'Kami akan menyembah Tuhanmu dan
Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail, dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang
Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadanya.'" (QS.
al-Baqarah: 133)
Allah SWT memberitahu kita dalam
surah Yunus tentang perkataan Nabi Musa kepada kaumnya:
"Hai kaumku, jika kamu
beriman kepada Allah, maka bertawakallah kepada-Nya saja, jika kamu
benar-benar orang yang berserah diri." (QS. Yunus: 84)
Sementara itu, Nabi Sulaiman
adalah seorang Muslim sesuai dengan nas ayat-ayat yang menceritakan
tentang kisahnya bersama Ratu Saba' ketika Ratu tersebut berkata:
"Ya Tuhanku, sesungguhnya
aku telah berbuat lalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama
Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam." (QS. an-Naml: 44)
Demikian juga Nabi Yusuf, beliau
berdoa kepada Allah SWT dan meminta kepadanya agar mematikannya
sebagai orang Muslim dan memasukannya dalam kelompok orang-orang yang
saleh. Allah SWT berfirman dan bercerita tentang Yusuf dalam surah
Yusuf:
"Ya Tuhanku, sesungguhnya
Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah
mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta
langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat,
wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan
orang-orang yang saleh." (QS.Yusuf: 101)
Sementara itu dalam surah
al-Maidah, Allah SWT mewahyukan kepada kaum Hawariyin agar mereka
beriman kepadanya dan kepada rasul-Nya lalu mereka berkata:
"Kami telah beriman dan
saksikanlah (wahai rasul) bahawa Sesungguhnya kami adalah orang-orang
yang patuh (kepada seruanmu)." (QS. al-Maidah: 111)
Jadi, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim,
Nabi Ismail, Nabi Yakub, Nabi Musa Harun, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf,
Nabi Isa adalah nabi-nabi yang Muslim sesuai dengan nas ayat-ayat
tersebut. Maka seluruh nabi adalah orang-orang Muslim, lalu bagaimana
Nabi Muhammad saw sebagai Nabi yang terakhir dikatakan sebagai orang
Muslim yang pertama?
Allah SWT berfirman dalam surah
al-An'am yang ditujukan kepada Nabi yang terakhir:
"Katakanlah:
'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk
Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah
yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama
menyerahkan diri (kepada Allah).'" (QS. al- An'am: 162-163)
Maka, bagaimana beliau menjadi
orang Muslim yang pertama, padahal penamaan umat
beliau dengan sebutan al-Muslimin
adalah penamaan yang sebenarnya sudah dahulu
dikenal di kalangan nabi-nabi
yang terdahulu dan kedatangannya ke alam wujud dan
penamaan agamanya dengan sebutan
al-Islam sebenarnya berhutang kepada datuknya
yang
jauh, yaitu Nabi Ibrahim. Allah
SWT berfirman dalam surah al-Hajj:
"Dan Dia sekali-kali
tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah)
agama orang tuamu Ibrahim. Dia
telah menamai kamu sekalian orang- orang Muslim
dari dahulu. " (QS.
al-Hajj: 78)
Tidak ada pertentangan dalam
pendahuluan para nabi dengan sebutan al- Muslimin daripada Rasulullah
saw dan kedudukan beliau sebagai orang Muslim yang pertama. Tentu
kata al-Awwal (yang pertama) di sini tidak difahami dari sisi waktu
atau masa kemunculan, tetapi yang dimaksud dengan orang Muslim di
sini adalah akmalul muslimin (orang yang paling sempurna di antara
orang-orang Muslim). Suatu kali Aisyah pernah ditanya tentang
akhlaknya Rasulullah saw lalu dia menjawab dengan kalimatnya yang
singkat: "Akhlak beliau adalah Al-Quran."
Kita mengetahui bahawa Al-Quran
al-Karim menetapkan akhlak yang mulia meskipun dalam batasannya yang
sederhana dan rendah, dan menyebutkan keutamaan akhlak dalam
tingkatannya yang tinggi. Oleh kerana itu, akhlak seperti apa yang
dimiliki oleh Rasulullah saw: apakah beliau memiliki akhlak yang
sifatnya tengah-tengah, atau apakah beliau mendahului dalam kebaikan,
atau apakah beliau termasuk ashabul yamin (orang-orang yang berasal
di sebelah kanan), atau apakah beliau termasuk al-Muqarrabin
(orang-orang yang dekat dengan Allah SWT)?
Rasulullah saw tidak hanya
memiliki semua karakter tersebut dan atribut tersebut, bahkan
kedudukan beliau lebih dari itu semua. Beliau berada di puncak dari
segala puncak keutamaan akhlak, sehingga beliau berhak untuk
mendapatkan sebutan dari Allah SWT:
"Dan sungguh pada dirimu
terdapat budi pekerti yang agung. " (QS. al- Qalam: 4)
Para Mufasir berbeza pendapat
tentang makna dari al-Huluqul 'adzim (budi pekerti yang agung).
Sebahagian mereka mengatakan bahawa yang dimaksud adalah Al-Quran.
Sebahagian yang lain mengatakan itu adalah Islam. Ada juga yang
mengatakan bahawa beliau tidak memiliki sesuatu kecuali keinginan
untuk menuju jalan Allah SWT.
Dalam Al-Qur'an al-Karim terdapat
penjelasan tentang darjat beliau yang tinggi dalam dua ayat yang
mulia. Ayat yang pertama adalah firman-Nya:
"Katakanlah:
'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk
Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah
yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama
menyerahkan diri (kepada Allah).'" (QS. al- An'am: 162-163)
Beliau adalah orang yang paling
utama di antara manusia semuanya; beliau memiliki keutamaan yang
melebihi semua manusia; beliau memiliki rahmat dan kemuliaan yang
tidak dapat ditandingi oleh seseorang pun. Meskipun beliau datang
sebagai Nabi yang terakhir namun justru kerana posisi beliau sebagai
Nabi yang terakhir, maka beliau menjadi bata yang terakhir dalam
pembangunan rumah kenabian yang tinggi, sehingga bata yang terakhir
itu harus menjadi puncak pembangunan manusia. Sedangkan ayat yang
kedua adalah firman-Nya:
"Dan Kami tidak
mengutusmu kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta." (QS.
al-Anbiya': 107)
Beliau bukan hanya menjadi rahmat
bagi orang-orang Arab saja; beliau bukan hanya menjadi rahmat bagi
orang-orang Quraisy dan beliau bukan menjadi rahmat bagi zamannya
saja, begitu juga beliau tidak menjadi rahmat bagi jazirah Arab saja,
tetapi beliau menjadi rahmat bagi alam semesta; beliau senantiasa
menjadi rahmat bagi alam semesta: dimulai dari diturunkannya wahyu
kepadanya dengan kalimat iqra hingga Allah SWT mewariskan bumi dan
apa saja yang ada di dalamnya kepada orang- orang yang berhak
mewarisinya sampai hari kiamat. Alhasil, beliau adalah rahmat yang
dihadiahkan kepada manusia; beliau adalah rahmat yang tidak
menonjolkan mukjizat yang mengagumkan, tetapi beliau adalah rahmat
yang memulai dakwah dengan mengutamakan fungsi akal atau pembacaan
dua kitab: pertama, pembacaan kitab alam atau Al- Qur'an yang
diciptakan atau kalimat-kalimat Allah SWT yang terdiri dari jutaan
bentuk dan kedua pembacaan Al-Qur'an yang diturunkan melalui malaikat
Jibril di mana ia merupakan kalamullah yang abadi. Dan kitab alam
dibaca dengan ribuan cara: dibaca melalui penelusuran dunia:
"Katakanlah: 'Berjalanlah
kamu di muka bumi dan amat-amatilah.'" (QS. an-Naml: 69)
Atau dibaca melalui usaha
menyingkap misteri dan penggunaan akal:
"Kami akan memperlihatkan
kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan
pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa
Al-Qur'an itu adalah benar. " (QS. Fushilat: 53)
Atau dibaca melalui ilmu dan
pengamatan:
"Atau siapakah yang telah
menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang telah menjadikan
sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung
untuk (mengukuhkan)nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut 1
Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya)
kebanyakan dari mereka tidak mengetahui." (QS. an-Naml: 61)
Jika di sana terdapat ribuan
jalan atau cara untuk membaca kalimat- kalimat Allah SWT dan kitab
alam, maka di sana terdapat satu jalan untuk membaca kalamullah yang
abadi, yaitu hendaklah Al-Qur'an dibaca dengan mata hati dan
kecemerlangan basirah, sehingga Al-Qur'an menjadi bahagian akhlak
dari yang membaca sesuai dengan kemampuannya.
Sebelum turunnya Al-Qur'an, dunia
diliputi dengan kekurangan, baik secara materi, rohani, undang-undang
mahupun dari dimensi kehidupan yang biasa melekat pada manusia saat
itu. Dan sebelum diutusnya Rasul saw yang beliau adalah manusia yang
sempurna dan paling utama, alam belum mencapai puncak dari penyerahan
diri kepada Allah SWT atau puncak dari keutamaan akhlak. Ketika
Rasulullah saw diutus, maka manusia mengalami kesempurnaan dan mampu
mencapai tingkat kesempurnaannya. Dengan Kitab yang mulia ini dan
Nabi yang pengasih, Allah SWT yang menyempurnakan agama bagi manusia
dan menyempurnakan nikmat-Nya atas mereka, sebagaimana firman-Nya:
"Pada hari ini telah
Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu
nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. "
(QS. al-Maidah: 3)
Namun semua itu tidak terwujud
begitu saja, Nabi yang mulia harus berjuang secara serius dan
sungguh-sungguh, sehingga beliau menjadi manusia yang paling layak
untuk mendapatkan pujian penduduk bumi dan penduduk langit. Dan
Rasulullah saw telah melakukan semua itu. Kita tidak mengenal seorang
nabi yang perasaannya dihina dan dicaci maki lebih dari apa diterima
oleh Muhammad bin Abdillah; kita tidak mengenal seorang nabi yang
memikul berbagai penderitaan, dan memiliki kesabaran yang mengagumkan
di jalan Allah SWT sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi kita.
Kemudian, seorang yang diutus
oleh Allah SWT sebagai rahmat bagi alam semesta tidak akan mengajak
manusia menuju kebenaran kecuali jika manusia tersebut dari kalangan
orang-orang yang kafir dan membangkang. Beliau berdakwah bagi orang
yang berhak mendapatkan dakwah; beliau siap memikul tanggung jawab
dakwah dengan berbagai tantangan dan cubaannya; beliau menunjukkan
kesabaran yang luar biasa. Setelah itu, beliau datang kepada Allah
SWT dengan hati yang puas dan air mata yang bercucuran dan dengan
suara berbisik berkata: "Ya Allah, jika tidak ada kemurkaan pada
diri-Mu, maka aku tidak akan peduli dengan manusia." Segala
sesuatu akan menjadi mudah jika di sana terdapat ridha Allah SWT.
Setelah turunnya wahyu kepada
Rasul saw, beliau memulai tahapan dakwah dan mengajak manusia untuk
menyembah Allah SWT. Dimulailah dakwah secara rahsia yang berlangsung
selama tiga tahun dalam persembunyian.
Mula-mula Ummul Mu'minin,
Khadijah binti Khuwailid beriman kepadanya, lalu beriman juga
sahabatnya, Abu Bakar sebagaimana beriman kepadanya anak pamannya,
Ali bin Abi Thalib yang saat itu masih kecil dan hidup di bawah
asuhan Muhammad, dan juga beriman kepadanya Zaid bin Tsabit, seorang
pembantunya. Kemudian Abu Bakar juga ikut berdakwah, sehingga ia
memasukkan dalam dakwah teman- temannya, seperti Usman bin Affan,
Thalha bin Ubaidilah, dan Sa'ad bin Abi Waqas. Juga beriman seorang
Masehi, yaitu Waraqah bin Nofel dan Rasulullah saw melihatnya setelah
kematiannya tanda kesenangan yang itu menunjukkan ketinggian
darjatnya di sisi Allah SWT. Setelah itu, Abu Dzar al-Ghifari juga
masuk Islam, lalu disusul oleh Zubair bin Awam dan Umar bin 'Anbasah
serta Sa'id bin 'Ash. Jadi, Islam mulai mengepakkan sayapnya secara
rahsia di Mekah.
Kemudian berita tersebarnya
akidah yang baru ini sampai kepada pembesar-pembesar Quraisy, tetapi
mereka tidak begitu peduli. Barangkali mereka membayangkan bahawa
Muhammad telah menjadi - kerana uzlah yang dilakukannya di gua Hira -
salah seorang juru bicara tentang ketuhanan sebagaimana pernah
dilakukan oleh Umayah bin Shalt dan Qas bin Sa'adah.
Demikianlah
dakwah secara rahsia berhasil mengembangkan misinya dan dapat
melindungi akidah yang baru. Dan selama perjalanan tiga tahun yang
dibutuhkan tahapan dakwah secara rahsia keimanan telah tertanam dalam
hati kaum Muslim yang pertama. Rasulullah saw telah mendidik mereka
dan telah menanamkan kepada diri mereka sifat-sifat kemuliaan dan
telah menciptakan mereka sebagai benih pertama dari pasukan Islam.
Pada
suatu hari Jibril turun dengan membawa firman Allah SWT:
"Dan berilah peringatan
kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat." (QS. asy-Syu'ara': 214)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar