Allah SWT memaafkan hal itu.
Orang-orang Muslim kini menghitung jumlah korban mereka dan mengubati
orang-orang yang terluka. Rasulullah saw bertanya tentang pamannya
Hamzah, dan ketika beliau mendapatinya di tengah-tengah sahabat yang
gugur, dan orang-orang kafir telah merosak jasadnya, maka beliau
berkata dalam keadaan menangis: "Tidak akan ada orang yang akan
tertimpa sepertimu selama- lamanya."
Kemudian Nabi saw berdiri dan
memuji Allah SWT lalu beliau memerintahkan untuk mengembalikan
orang-orang yang terbunuh dari kaum Muslim ke tempat asal mereka di
mana mereka terbunuh. Saat itu keluarga mereka telah membawanya ke
kuburan kemudian Nabi saw mengumpulkan kedua orang laki-laki dari
pahlawan-pahlawan Uhud dalam satu pakaian dan beliau bertanya siapa
di antara keduanya yang paling banyak mengambil manfaat dari
Al-Qur'an. Jika diisyaratkan kepada salah satunya, maka beliau akan
mendahulukannya untuk dimasukkan dalam liang lahad.
Rasulullah saw juga memerintahkan
agar mereka dikebumikan dengan darah mereka dan beliau pun tidak
mensolati mereka, serta tidak memandikan mereka. Allah SWT ingin
memperlihatkan bagaimana mereka dibangkitkan pada hari kiamat lalu
beliau bersabda: "Tiada seorang pun yang terluka di jalan Allah
SWT kecuali Allah SWT membangkitkannya di hari kiamat dalam keadaan
di mana Iukanya akan mengucur darah. Warna itu adalah warna darah dan
baunya seperti minyak misik."
Bukanlah penderitaan yang dalam
yang merupakan pelajaran yang harus dimengerti kaum Muslim dari
peperangan Uhud sebagai akibat dari pembangkangan mereka dari
perintah Rasul saw dan ketidaktaatan mereka kepadanya, tetapi wahyu
juga menurunkan berbagai pelajaran yang lain yang dapat dimanfaatkan.
Pelajaran yang terpenting setelah pelajaran kesetiaan adalah
penjelasan tentang sentral utama yang di situ kaum Muslim berkumpul.
Peribadi Rasulullah saw bukanlah markas yang di situ kaum Muslim
berkumpul yang ketika peribadi Rasulullah saw yang mulia pergi kerana
satu dan lain hal, maka orang-orang Muslim akan pergi dan
meninggalkan beliau. Tidak seharusnya peribadi Rasul saw menjadi
markas atau sentral tetapi yang menjadi sentral dari semuanya adalah
pemikiran beliau. Itulah yang paling penting.
Demikianlah bahawa Al-Qur'an
al-Karim mencela orang-orang yang meletakkan senjatanya ketika
tersebar isu terbunuhnya Nabi saw. Islam tidak akan mencapai
puncaknya ketika kaum Muslim berkumpul di sisi Rasulullah saw saat
beliau masih hidup namun ketika beliau terbunuh atau mati, maka
mereka murtad di mana mereka membuang senjatanya dan pergi mengurusi
diri mereka sendiri. Orang-orang Islam adalah orang- orang yang
mengikuti prinsip bukan mengikuti peribadi. Muhammad bin Abdillah
memang seorang pemimpin manusia dan Imam para rasul dan penutup para
nabi, dan sebagai makhluk Allah SWT yang paling mulia, namun ini
semua tidak membenarkan bahawa seorang Muslim diperbolehkan untuk
meletakkan senjatanya ketika Rasul saw wafat atau terbunuh. Hendaklah
seorang Muslim memanggul senjatanya dan tidak membuang dari tangannya
kecuali dalam dua keadaan: pertama ketika ia telah memperoleh
kemenangan dan kedua ketika ia telah mati.
Nas Al-Qur'an menjelaskan secara
gamblang hubungan kaum Muslim dengan akidah Islam, bukan dengan
peribadi sang Rasul saw. Allah SWT berfirman:
"Muhammad itu tidak lain
hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa
orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke
belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maha ia
tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah
akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (QS.
Ali 'Imran: 144)
Demikianlah bahawa peperangan
Uhud telah membawa dampak yang luar biasa terhadap kaum Muslim,
utamanya terhadap Nabi saw. Orang-orang yang terbunuh di perang Uhud
adalah sahabat-sahabat yang paling mulia dan paling banyak imannya.
Mereka adalah pilihan dari orang-orang Muslim yang pertama; mereka
memikul beban dakwah di saat-saat yang sulit bahkan mereka harus
berhadapan dan memusuhi kerabat mereka dan teman-teman mereka; mereka
menjadi terasing saat menyatakan keislaman mereka sebelum hijrah dan
sesudahnya; mereka telah menginfakkan harta; mereka berjuang di jalan
Allah SWT; mereka telah bersabar dalam menanggung berbagai macam
penderitaan, dan ketika datang saat yang paling berbahaya dan pasukan
Islam telah terkepung di mana jiwa Rasul saw telah terancam, mereka
justru mencurahkan darah mereka bagaikan lautan yang menenggelamkan
orang-orang kafir dan mereka mampu melindungi sang Rasul saw dan
mengubah jalan peperangan serta menyelamatkan akidah tauhid.
Peperangan Uhud bukanlah
pengorbanan pertama yang dilakukan oleh kaum Muslim dan bukanlah
merupakan peperangan yang terakhir. Ia adalah satu peperangan di
antara cukup banyak peperangan yang dilalui oleh Islam untuk
menyebarkan kalimat Allah SWT di muka bumi dan membimbing
hamba-hamba-Nya. Begitu juga pengorbanan Rasul saw, dan peperangan
Uhud bukanlah pengorbanan yang pertama terhadap Islam dan bukan juga
yang terakhir. Rasulullah saw telah hidup setelah diutusnya kepada
manusia di mana beliau telah memberikan semuanya untuk kehidupan dan
untuk dakwah; beliau tidak memiliki dirinya sendiri; beliau tidak
memboroskan waktunya dengan sia-sia bahkan beliau beristirahat
sedikit saja. Semua kehidupan beliau diberikan kepada dakwah dan
untuk Islam. Beliau menjalani berbagai macam peperangan dan beliau
memikul berbagai macam penderitaan dan belum lama beliau lari dari
suatu masalah kecuali beliau berhadapan dengan masalah yang baru dan
lain; belum lama beliau menyelesaikan suatu krisis kecuali beliau
menghadapi krisis yang lain. Demikianlah kehidupan sang Nabi saw di
mana beliau selalu memberikan kontribusi dan sumbangannya demi
kepentingan agama Allah SWT.
Silakan Anda mengamati kehidupan
sang Rasul saw dari sudut manapun yang Anda inginkan nescaya Anda
tidak akan menemukan sudut dari sudut-sudut kehidupan beliau kecuali
dimulai dan dipenuhi dengan pergelutan yang hebat.
Rasulullah saw telah melalui
pergelutan militer dalam berbagai macam pertempuran yang silih
berganti yang beliau lakukan. Beliau memulai pergelutan politiknya
yang terwujud dalam perundingan-perundingan dan surat-surat yang
beliau kirimkan kepada penguasa dan para raja di berbagai negara agar
mereka memeluk Islam, bahkan beliau melakukan pergelutannya dalam
masalah peribadi di rumah tangga. Rumah tangga beliau pun tidak
kosong dari pergelutan. Beliau adalah pejuang sejati dalam setiap
waktu. Kalau kita mengenal Nabi Ibrahim sebagai seorang musafir di
jalan Allah SWT, maka Muhammad bin Abdillah adalah seorang pejuang di
jalan Allah SWT. Belum lama peperangan Uhud berakhir sehingga
pengaruh-pengaruh buruknya berbekas pada kaum Muslim. Orang-orang
Arab Badwi mulai berani bersikap kurang ajar kepada mereka, demikian
juga orang-orang Yahudi, apalagi orang-orang munafik dan tidak
ketinggalan orang-orang Quraisy pun mulai menyudutkan kaum Muslim.
Kemudian
datanglah utusan dari kabilah Arab kepada Rasul saw dan mereka
mengatakan kepada beliau bahawa mereka mendengar tentang Islam dan
mereka ingin memeluknya, maka hendaklah beliau mengutus kepada mereka
beberapa dai dan mubaligh untuk mengajari mereka tentang dasar-dasar
agama. Nabi saw mengutus bersama mereka sekelompok para dai yang
dipimpin oleh 'Ashim bin Tsabit. Ternyata orang-orang itu berkhianat
atas para sahabat-sahabat yang berdakwah itu dan mereka pun dibunuh.
Bahkan
tiga di antara mereka ditawan dan dijual di Mekah. Dijualnya mereka
di Mekah bererti mereka diserahkan pada kelompok orang-orang Quraisy
yang telah lama menunggu untuk menangkap kaum Muslim. Kaum Quraisy
Mekah membunuh tiga tawanan kaum Muslim itu. Orang-orang Muslim
sangat sedih mendengar dai-dai Allah SWT itu terbunuh dengan cara
yang begitu tragis.
Ketika datang kepada Nabi saw
orang-orang yang minta pada beliau agar dikirim utusan dari kalangan
mubaligh untuk menyebarkan Islam untuk para kabilah kaum Najd, maka
Nabi kali ini betul-betul mempertimbangkan antara kepentingan
menyebarkan Islam dan perlindungan terhadap kehormatan manusia. Lalu
beliau memilih untuk kepentingan dakwah Islam. Beliau menyedari
bahawa beliau mengutus para sahabatnya dalam bahaya; beliau
memberitahu mereka bahawa mereka akan menghadapi suatu keadaan yang
misteri yang tiada mengetahuinya kecuali Allah SWT. Namun bahaya
tersebut sudah menjadi bahagian dari cita rasa kehidupan yang selalu
meliputi dakwah Islam.
Ketika
Nabi saw mengutarakan kekhuatirannya terhadap para sahabatnya yang
bakal diutusnya di tengah kabilah itu, orang-orang yang meminta
beliau untuk mengutus para sahabatnya menyakinkan beliau bahawa
mereka akan melindungi sahabat beliau. Kemudian Nabi saw
memerintahkan tujuh puluh orang pilihan dari sahabatnya untuk pergi
dan berjihad di jalan Allah SWT serta mengajak manusia untuk
mengikuti Islam. Lalu pergilah para sahabat yang kemudian dikenal
dengan sebutan al-Qurra' (yaitu orang-orang yang pandai membaca
Al-Qur'an dan menghafalnya). Mereka adalah para dai yang terbaik yang
diutus Nabi di mana pada siang hari mereka memikul kayu bakar dan
pada malam hari mereka sibuk dalam keadaan solat. Ketika datang
perintah Rasulullah saw kepada mereka untuk pergi dan berdakwah
mereka pun pergi dalam keadaan gembira kerana mereka diajak untuk
berjihad di jalan Allah SWT. Mereka melangkahkan kaki dengan mantap
di tanah orang-orang munafik dan para pengkhianat sehingga mereka
sampai di suatu sumur yang bernama sumur Ma'unah. Kemudian
mereka mengutus salah seorang di antara mereka untuk menemui pemimpin
orang-orang kafir di negeri itu. Mubaligh dari sahabat Rasulullah saw
itu menyampaikan surat Nabi yang dibawanya di mana beliau
mengharapkan agar masyarakat di situ masuk Islam, tetapi ia
dikejutkan dengan adanya pisau yang menembus punggungnya. Mubaligh
itu berteriak saat ia tersungkur: "sungguh aku beruntung demi
Tuhan pemelihara Ka'bah."
Kemudian
pemimpin orang-orang kafir itu mengangkat senjata dan mengumpulkan
para kabilah untuk memerangi para mubaligh di jalan Allah SWT itu
sehingga sahabat-sahabat terbaik yang berdakwah di jalan Allah SWT
itu pun gugur di sumur Ma'unah. Jasad-jasad mereka menjadi makanan
dari burung nasar dan burung-burung yang lain. Dari tujuh puluh orang
yang dikirim itu hanya seorang yang selamat yang kembali kepada Nabi
saw. Ia menceritakan apa yang dialami oleh fuqaha-fuqaha Muslimin di
mana mereka dikhianati. Ketika
mendengar berita tentang tragedi itu, Nabi sangat terpukul dan sedih.
Kemudian beliau mengangkat kepalanya dan berkata kepada
sahabat-sahabatnya: "Sungguh sahabat-sahabat kalian telah
terbunuh dan mereka telah meminta kepada Tuhan mereka. Mereka
mengatakan, Tuhan kami, berikanlah kami ujian sesuai dengan
kehendak-Mu dan ridha-Mu. Apa saja yang menjadi kepuasan-Mu kami pun
akan merasakan kepuasan."
Sungguh
penderitaan yang dialami oleh Islam sangat berat, terutama yang
menimpa para sahabat yang gugur sebagai syahid di sumur Ma'unah. Nabi
saw sangat sedih mendengar sikap orang-orang Arab dan orang- orang
kafir terhadap Islam. Mereka telah mengejek dan merendahkan kaum
mukmin sampai pada batas ini. Kemudian beliau menetapkan akan kembali
mengangkat kewibawaan Islam dengan tindak kekerasan.
Dalam
keadaan seperti ini, bergeraklah orang-orang Yahudi untuk membunuh
Rasulullah saw. Pada
suatu hari beliau pergi ke Bani Nadhir untuk menyelesaikan suatu
urusan. Kemudian mula-mula mereka menampakkan persetujuan atas apa
yang diucapkan beliau. Mereka mendudukkan Nabi di bawah naungan
benteng-benteng mereka, lalu mereka bersekongkol untuk melenyapkan
beliau; mereka menetapkan untuk melemparkan batu yang berat dari atas
benteng itu saat beliau duduk dan tidak membayangkan akan terjadinya
kejahatan yang direncanakan padanya. Namun Allah SWT mengilhami
Rasul-Nya akan datangnya bahaya kepada beliau, lalu beliau bangun
sebelum pelaksanaan tipu daya itu. Lalu beliau segera pergi menuju
rumahnya. Beliau berfikir saat beliau kembali ke rumahnya dengan
membawa penderitaan yang baru. Pembangkangan dan pengkhianatan
tersebut tidak akan dapat berhenti kecuali setelah Islam menunjukkan
taringnya. Islam ingin mengembalikan kewibawaannya dengan cara
mengangkat senjata.
Rasul saw mengutus utusan ke Bani
Nadhir dan memerintahkan mereka untuk keluar dari Madinah, bahkan
Rasul saw memberi waktu kepada mereka hanya sepuluh hari. Kemudian
orang-orang munafik yang ada di Madinah bersatu bersama orang-orang
Yahudi dan mereka sepakat untuk memerangi Islam. Namun ketika
berhadapan dengan Islam, orang-orang Yahudi menelan kekalahan.
Kemudian turunlah surah al-Hasyr yang menyebutkan pengusiran
orang-orang Yahudi dan menyingkap kedok orang-orang munafik. Setelah
kemenangan yang meyakinkan ini, Rasul saw keluar bersama sahabatnya
untuk membalas kejadian yang menimpa sahabat-sahabatnya yang dikenal
dengan al-Qurra' itu. Rasul saw ingin mengembalikan kewibawaan Islam.
Kemudian pasukan Rasul saw itu mampu membuat para pengkhianat dari
orang-orang Arab ketakutan. Hanya sekadar mendengar nama pasukan
Muslim, maka serigala-serigala gurun yang dulu bengis itu pun
ketakutan laksana tikus-tikus yang panik yang bersembunyi di bawah
lubang-lubang gunung. Orang-orang Quraisy mendengar kegiatan pasukan
Islam. Pasukan Quraisy menarik diri saat mereka mendekati Dahran,
sementara pasukan Muslim berada di Badar. Mereka menunggu pertemuan
yang disepakati di Uhud. Orang-orang Muslim menyala-kan api selama
delapan hari sebagai bentuk tantangan dan menunggu kedatangan kaum
kafir sehingga ketika mereka (kaum kafir) telah pergi, maka citra
kaum Muslim pun terangkat setelah mereka menerima kepahitan dalam
peperangan Uhud.
Kaum Muslim menoleh ke arah utara
jazirah Arab setelah menetapkan kewibawaan mereka di selatan. Kabilah
di sekitar Daumatul Jandal dekat dengan Syam merampok di tengah jalan
dan merampas kafilah yang berlalu di situ, bahkan kenekatan mereka
sampai pada batas di mana mereka berfikir untuk menyerbu Madinah.
Oleh kerana itu, Rasulullah saw keluar bersama seribu orang Muslim
yang mereka bersembunyi di waktu siang dan berjalan di waktu malam,
sehingga setelah lima belas malam beliau sampai ke tempat yang dekat
dengan tempat tinggal musuh-musuh mereka lalu mereka menggerebek
tempat itu. Pasukan kafir itu dikejutkan dengan kedatangan kaum
Muslim yang begitu cepat.
Kita akan mengetahui bahawa alat
komunikasi yang dimiliki oleh Rasulullah saw sangat unggul
sebagaimana alat pertahanan beliau pun sangat unggul. Serangan
mendadak yang dilakukan oleh pasukan Rasulullah saw menunjukkan
bahawa mereka memiliki pertahanan yang luar biasa. Sistem pertahanan
yang luar biasa sebagaimana kedatangan pasukan yang secara tiba-tiba
itu menunjukkan kemampuan pasukan Islam untuk menyusup.
Demikianlah, terjadilah hari-hari
pertempuran militer. Belum lama Nabi saw meletakkan baju besinya, dan
beliau kembali membangun peribadi kaum Muslim sehingga beliau
terpaksa kembali memakai baju besinya dan kembali berperang. Ketika
musuh-musuh Islam yang berada di sekelilingnya melihat bahawa
kemampuan militer mereka tidak dapat menandingi kemampuan kaum
Muslim, maka mereka sengaja melakukan cara-cara baru untuk memerangi
Islam. Yaitu peperangan psikologi atau peperangan urat saraf dengan
cara menyebarkan berbagai macam isu atau apa yang dinamakan Al-Qur'an
al-Karim dengan peristiwa al-Ifik (kebohongan). Setelah peperangan
Bani Musthaliq yaitu peperangan yang membawa kemenangan yang cepat
bagi kaum Muslim, terjadilah kesalahfahaman dan pertengkaran di
antara sahabat-sahabat yang biasa mengambil air di mana salah seorang
mereka berteriak: "wahai kaum Muhajirin," dan yang lain
berteriak: "Wahai kaum Anshar."
Peristiwa yang sangat sepele itu
dimanfaatkan oleh pemimpin kaum munafik yaitu Abdullah bin Ubai.
Abdullah bin Ubai memprovokasi orang- orang Anshar untuk menyerang
kaum Muhajirin. Ia ingin membangkitkan luka-luka jahiliah yang lama
yang telah dibuang dan telah dikubur oleh Islam, Salah satu yang
dikatakan oleh Ibnu Ubai adalah, "sungguh mereka telah menyaingi
kita dan mengambil kebaikan dari dan seandainya kita telah kembali ke
Madinah nescaya orang-orang yang mulai akan dapat mengusir
orang-orang yang hina di dalamnya."
Zaid bin Arqam menyampaikan
kalimat si munafik itu kepada Nabi saw, di mana kalimat itu berisi
provokasi terhadap orang-orang Anshar untuk menyerang kaum Muhajirin.
Ubai menginginkan agar mereka berpecah belah dan agar kesatuan mereka
runtuh. Si Munafik itu segera datang kepada Rasul saw dan menafikan
apa yang dikatakannya. Orang-orang Muslim secara lahiriah membenarkan
perkataan si munafik itu dan mereka justru menuduh Zaid bin Arqam
salah mendengar. Tetapi hakikat peristiwa itu tidak tersembunyi dari
Nabi saw sehingga peristiwa itu sangat menyedihkan beliau. Lalu
beliau mengeluarkan perintah agar para sahabat pergi ke suatu tempat
yang tidak biasanya mereka lalui. Kemudian beliau pergi bersama
sahabat di hari itu sampai waktu malam menyelimuti mereka. Dan kini,
mereka memasuki waktu pagi. Kepergian yang singkat dan tiba-tiba itu
mampu menepis kebohongan yang dirancang oleh si Munafik, Abdullah bin
Ubai. Yaitu kebohongan yang bertujuan untuk membakar persatuan kaum
Muslim ketika ia berusaha untuk menyalakan api di tengah-tengah rumah
sang Nabi saw.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar