Namun Allah SWT menjawab kepada
Musa tentang kemustahilan melihat Allah SWT atas manusia. Nabi Musa
memahami bahawa makhluk manapun tidak akan mampu menahan beban
penampakan dari Zat sang Pencipta.
Adapun Muhammad bin Abdillah ia
tidak bertanya kepada Tuhannya dan meminta kepadanya untuk diberi
mukjizat atau kejadian yang luar biasa; ia tidak meminta kepada
Tuhannya agar dapat melihat Zat-Nya dan ia tidak berusaha mencari
ketenangan dalam hatinya. Cintanya kepada Allah SWT termasuk bentuk
cinta yang sulit untuk difahami atau diselami kedalamannya oleh para
tokoh pencinta dan cintanya tersebut bukan termasuk bentuk yang
menimbulkan berbagai pertanyaan. Cinta beliau melampaui tingkat
permintaan menuju ke tingkat penyerahan dan kepuasan atau ridha.
Segala sesuatu yang menggelisahkan Nabi adalah ridha Allah SWT.
Rasulullah saw berkata saat
beliau dalam keadaan ditolak dan diusir dan terluka akibat perbuatan
kaum Tha'if: "Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak
peduli dengan mereka."
Lihatlah tingkat cinta yang
tinggi itu: bagaimana tingkat tersebut menyebabkan beliau merasa
rendah diri sehingga beliau berkata, "jika Engkau tidak murka
kepadaku ..." Seakan-akan beliau tidak menginginkan selain ridha
Allah SWT dan yang beliau khuatirkan adalah kemarahan Allah SWT.
Sungguh adab yang diterapkan
Rasulullah saw kepada Tuhannya adalah adab yang paling layak dan
paling tinggi yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai orang
Muslim yang paling sempurna.
Demikianlah mukjizat Isra' dan
Mi'raj. Mukjizat yang tujuannya adalah menghormati keperibadian
Rasulullah saw; mukjizat yang membangkitkan peranan akal dan hati
secara bersama. Para nabi tanpa terkecuali didukung oleh berbagai
macam mukjizat yang terjadi di muka bumi bahkan para nabi yang
diangkat ke langit seperti Nabi Idris dan Nabi Isa, maka pengangkatan
mereka sebagai bentuk menyelamatkan mereka dari usaha pembunuhan atau
penyaliban. Mukjizat mereka saat mereka diangkat ke langit adalah
bentuk akhir dari aktiviti mereka di muka bumi.
Ini adalah kali pertama ketika
kita mendapati suatu mukjizat yang tempat utamanya di langit; suatu
mukjizat yang terwujud bersama seorang Nabi yang diangkat ke langit
dengan jasadnya dan rohaninya saat beliau masih hidup. Di sana Allah
SWT memperlihatkan kepadanya tanda- tanda kekuasaan-Nya. Kemudian
beliau kembali ke bumi di mana beliau akan mendapatkan berbagai macam
tantangan dan cubaan yang biasa diterima oleh penduduk bumi. Muhammad
bin Abdillah adalah manusia yang pertama melewati planet bumi dan
beliau menembus bulan dan matahari dan bintang-bintang. Kita
menyaksikan di zaman kita manusia pertama atau astronaut pertama yang
mampu menembus ruang angkasa. Ruang angkasa itu baru dapat ditembusi
oleh manusia setelah empat belas abad dari turunnya risalah Muhammad
saw, namun sejak empat belas abad yang lalu Nabi Islam telah dapat
menembus ruang angkasa itu, bahkan beliau mencapai Sidratul Muntaha
dan puncak al-Muntaha.
Beliau sampai pada batas yang di
situlah alam makhluk diakhiri dan beliau menembus alam ghaib.
Bukankah syurga bahagian dari alam ghaib? Beliau sampai di syurga.
Allah SWT menamakannya dengan Jannatul Ma'wah. Beliau sampai pada
batas terputusnya ilmu manusia dan tiada yang mengetahui hakikat ilmu
tersebut kecuali Allah SWT. Mukjizat Isra' bukanlah mukjizat Mi'raj,
meskipun kedua-duanya terjadi di satu malam. Peristiwa Isra' dan
Mi'raj dikutip oleh dua surah yang berbeza dalam Al- Qur'an al-Karim.
Allah SWT berfirman tentang mukjizat Isra':
"Maha
Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami berkali
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari
tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya
Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. al-Isra':
1)
Sedangkan
berkaitan dengan mukjizat Mi'raj, Allah SWT berfirman:
"Dan
sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang
asli) pada waktu yang lain, (yaitu) di Sidratul Muntaha. Di dekatnya
ada syurga tempat tinggal. (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratul
Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya
(Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula)
melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda
(kekuasaan) Tuhannya yang paling besar." (QS. an-Najm: 13-18)
Pada
malam Isra' dan Mi'raj, Nabi Muhammad berkeliling di sekitar Ka'bah
dan berdoa kepada Allah SWT. Beliau dalam keadaan pucat wajahnya dan
kedua air matanya mengucur; beliau tidak bertawaf bersama seseorang
pun; beliau tawaf sendirian lalu orang-orang kafir dan orang-orang
musyrik memandang beliau dengan pandangan kebencian saat beliau
bertawaf dan berdoa. Allah SWT melihat hamba-Nya yang khusyuk itu
lalu Allah SWT menurunkan perintah-Nya kepada Ruhul Amin yaitu
malaikat Jibril agar menemani hamba-Nya dari Masjidil Haram menuju
Masjidil Aqsha Kemudian membawanya naik ke langit agar dia dapat
melihat tanda-tanda kebesaran Tuhannya.
Di
suatu rumah yang mulia dan sederhana dari rumah-rumah yang ada di
Mekah, Nabi saw sedang tidur dan datanglah waktu pertengahan malam.
Jibril turun dan memasuki rumah sang Rasul saw. Jibril as berdiri di
sisi kepala sang Nabi dan ia melihat kepadanya dengan pandangan
cinta. Pandangan Jibril itu membangunkan Rasul saw kemudian beliau
membuka kedua matanya dan bangkit dari tempat tidurnya.
Jibril
berkata kepada Nabi saw, salam kepadamu wahai Nabi yang mulia. Allah
SWT ingin agar engkau melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran- Nya
di alam. Kemudian Jibril berjalan bersama Nabi saw. Mereka keluar
dari rumah dan beliau menyaksikan Buraq yaitu makhluk yang menyerupai
burung dan mempunyai sayap seperti burung garuda; makhluk yang
terbuat dari kilat. kerana itu, ia dinamakan dengan Buraq. Kilat
adalah listrik dan listrik adalah cahaya. Cahaya adalah makhluk yang
tercepat yang kita kenal di bumi. Kilauan cahaya pada satu detik
saja
mencapai 186 ribu mil. Kita tidak akan terlibat terlalu jauh tentang
kenderaan luar angkasa yang digunakan dalam perjalanan itu; kita
tidak akan bertanya bagaimana Nabi saw menembus alam ruang angkasa
tanpa ada latihan sebelumnya dan berapa lama waktu yang beliau
gunakan untuk pulang pergi; kami juga tidak akan bertanya tentang
kecepatan Buraq; kami tidak hairan dengan usaha penembusan luar
angkasa ini; kita tidak akan bertanya tentang semua itu kerana
kita
mempunyai satu jawapan dari semuanya: Allah SWT berkehendak agar hal
itu terjadi dan untuk itu Allah SWT mengatakan kun jadilah, maka
jadilah.
Para
ulama berselisih pendapat tentang apakah Isra' dan Mi'raj terjadi
dengan roh saja atau dengan rohani dan jasad sekaligus. Ahli
hakikat mengatakan bahawa itu terjadi dengan roh dan jasad. Tentu
perselisihan itu berakibat pada perselisihan akal dan terjerumus
dalam perangkap kaifa (bagaimana) dan bertanya tentang kekuasaan
Allah SWT dan usaha untuk menundukkan masalah ini terhadap
sebab-sebab yang biasa atau hukum-hukum kita yang alami atau logik
kemanusiaan. Allah Maha Suci dan Maha Tinggi dari semua itu. Apakah
seseorang akan bertanya, bagaimana Rasulullah saw naik berserta roh
dan fiziknya ke puncak segala puncak di langit kemudian beliau
kembali sebelum tempat tidurnya dingin? Mukjizat apa yang terjadi di
sini yang melebihi mukjizat berubahnya air mani menjadi manusia dan
berubahnya benih menjadi pohon atau mukjizat air yang menghidupkan
tanah, atau ia mampu memuaskan kehausan si dahaga atau mukjizat cinta
yang mengikat dua hati yang belum pernah mengenal?
Sementara itu, Buraq menundukkan
badannya kepada Nabi saw kemudian Nabi saw menungganginya bersama
Jibril dan Buraq pergi bagaikan anak panah dari cahaya di atas gunung
Mekah dan pasir-pasir menuju ke utara. Jibril mengisyaratkan agar
menuju arah gunung Saina' lalu Buraq itu berhenti. Jibril berkata di
tempat yang diberkati ini, Allah SWT berdialog dengan Musa as.
Kemudian Buraq kembali pergi ke Baitul Maqdis, Nabi saw turun dari
pesawat ini yang berjalan lebih cepat dari cahaya dan jutaan kali
lebih cepat darinya dan ia tidak berubah dari cahaya.
Nabi berjalan bersama Jibril dan
memasuki Baitul Maqdis. Beliau memasuki masjid dan beliau mendapati
semua nabi sedang menunggunya di sana. Allah SWT membangkitkan gambar
para nabi-Nya dari kematian dan mengumpulkan mereka di Masjid Aqsha.
Para malaikat memberinya suatu bejana yang di dalamnya terdapat susu
dan bejana yang lain yang di dalamnya terdapat khamer. Lalu beliau
memilih susu dan meminumnya. Dikatakan pada beliau, sesungguhnya
engkau telah memilih fitrah dan umatmu akan memilih fitrah.
Para nabi mengitari Rasul saw dan
datanglah waktu solat. Para nabi bertanya di antara sesama mereka,
siapa di antara mereka yang menjadi imam solat, apakah itu Adam, Nuh,
Ibrahim, Musa atau Isa? Jibril berkata kepada Muhammad saw,
sesungguhnya Allah SWT memerintahkanmu untuk solat bersama para nabi.
Rasulullah saw berdiri dan solat bersama para nabi. Mereka semua
adalah orang-orang Muslim dan beliau adalah orang-orang Muslim yang
pertama. Secara logik bahawa beliau layak menjadi imam dari para nabi
sebagaimana kitabnya dijadikan kitab yang terbaik daripada
kitab-kitab yang mendahuluinya. Beliau membacakan Al-Qur'an kepada
mereka dan beliau menangis saat membacanya. Kekhusyukan beliau saat
membacanya membuat para nabi pun menangis. Dan ketika para nabi sujud
di belakang imam mereka, pohon-pohon dan bintang-bintang pun turut
bersujud.
Selesailah
waktu solat dan para nabi membubarkan diri. Setiap nabi kembali ke
langit yang mereka tinggal di dalamnya. Nabi keluar dari masjid
bersama Jibril dan mereka kembali menunggang Buraq seperti panah dari
cahaya. Buraq
semakin meninggi dan ia melewati langit pertama lalu beliau
menyaksikan Nabi Adam. Kemudian ada panggilan dari Allah SWT:
"Hendaklah hamba-Ku semakin meninggi dan menjauh." Kemudian
hamba Allah SWT Muhammad bin Abdillah semakin terbang menjauh ia
melampaui langit demi langit. Beliau melampaui tempat materi dan
mulai menjangkau tempat rohani dan melewatinya. Beliau bersiap
berdiri di haribaan Ilahi; beliau semakin tinggi dan jauh di tingkat
dan di puncak rohani dalam kecepatan yang tidak kurang dari kecepatan
kilat.
Beliau melampaui kedudukan Nabi
Adam di langit pertama dan melampaui kedudukan Nabi Yahya dan Nabi
Isa di langit kedua. Lalu Tuhan pemilik kemuliaan memanggil,
"hendaklah hamba-Ku lebih tinggi lagi." Kemudian hamba
Allah SWT dan Nabi-Nya yang mulia mencapai tingkat yang lebih tinggi
lagi. Beliau melampaui langit yang ketiga, keempat, kelima, keenam,
dan ke tujuh. Beliau melampaui alam materi semuanya dan melampaui
alam rohani. Akhirnya, beliau sampai ke Sidratul Muntaha. Beliau
sampai di tempat yang suci yang Allah SWT menamakannya dengan sebutan
Sidratul Muntaha dan di sana Nabi melihat dan menyaksikan Jannatul
Ma'wa. Beliau menyaksikan yang kita tidak mampu mengetahuinya dan
memahaminya bahkan membayangkannya:
"(Muhammad melihat
Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang
meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang
dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya." (QS. an-Najm:
16-17)
Sungguh terjadilah pada tempat
itu apa yang terjadi dengannya. Dengan kebesaran yang misteri ini,
Allah SWT memberitahu kita bahawa terjadilah hal penting di sana
meskipun hakikat hal tersebut tersembunyi dari kita. Sesuatu yang
Allah SWT sembunyikan dari kita tersebut disaksikan oleh Rasul saw.
Itu adalah mukjizat yang khusus baginya; itu adalah tingkat cinta
yang tidak tersingkap tabirnya kerana ketinggiannya yang tidak mampu
ditangkap oleh pengetahuan manusia biasa.
Kemudian Tuhan pemilik syurga dan
neraka memanggil, "hendaklah hamba-Ku lebih tinggi lagi."
Hamba Allah SWT Muhammad bin Abdillah menaik ke tempat yang tinggi.
Kali ini beliau melihat Jibril yang berada di belakangnya lalu beliau
mendapatinya dalam keadaan bertasbih kepada Allah SWT. Jibril tidak
berada dalam wujud manusia seperti yang Nabi saksikan ketika berada
di dunia. Jibril as kembali ke dalam wujud malaikatnya. Nabi melihat
Jibril dan ia merupakan tanda
kebesaran Allah SWT yang Allah
SWT janjikan untuk di perlihatkan kepadanya:
Penglihatannya
(Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula)
melampauinya." (QS.
an-Najm: 17)
Pemandangan itu terjadi dengan
hati dan mata serta panca indera yang dikenal dan yang tidak dikenal.
Pemandangan itu benar-benar jelas. Di sana bukan mimpi, bukan
khayalan, dan bukan gambaran. Rasul saw melihat semua itu dengan
jasadnya dan rohaninya:
"Penglihatannya
(Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula)
melampauinya." (QS. an-Najm: 17)
Kemudian Rasulullah saw menuju ke
tempat yang tinggi dan lebih tinggi lagi. Beliau semakin naik ke
tingkat yang makin tinggi sampai beliau berdiri di hadapan Tuhan
Pencipta langit dan bumi dan Penebar kasih sayang di dunia dan di
akhirat. Orang Muslim yang paling sempurna itu bersujud di hadapan
Tuhan Sang Pencipta sambil berkata: "Sungguh penghormatan dan
keberkatan serta selawat yang baik tertuju hanya kepada Allah SWT."
Allah SWT membalasnya: "Salam kepadamu wahai Nabi dan rahmat
Allah SWT serta berkat-Nya juga tercurah kepadamu." Para
malaikat pun ketika mendengar ucapan itu bertasbih dan mengatakan:
"Salam kepada kita dan kepada hamba-hamba Allah SWT yang soleh."
Ungkapan-ungkapan tersebut
merupakan permulaan tahiyat (penghormatan) yang diucapkan orang-orang
Muslim saat mereka melaksanakan solat pada setiap hari. Solat telah
diwajibkan atas kaum Muslim pada kesempatan yang besar ini. Hal
popular di kalangan umumnya kaum Muslim adalah, bahawa Allah SWT
mewajibkan atas Nabi mula-mula lima puluh solat sehari. Kemudian Nabi
turun dari langit lalu beliau menemui Nabi Musa. Selanjutnya Nabi
Musa bertanya kepadanya tentang jumlah solat yang diwajibkan Allah
SWT kepada umatnya. Nabi menceritakan bahawa Allah SWT telah
menentukan lima puluh kali solat. Nabi Musa berkata sungguh umatmu
tidak akan kuat untuk melakukan solat itu, maka kembalilah kepada
Tuhanmu dan mohonlah kepadanya agar Dia meringankan bagi umatmu. Lalu
Nabi kembali kepada Tuhan-Nya sehingga Allah SWT meringankan solat
hingga sepuluh kali. Setelah itu, Nabi kembali bertemu dengan Nabi
Musa. Lagi-lagi Nabi Musa memperingatkannya. Kemudian Nabi kembali
lagi kepada Allah SWT sehingga sampai diturunkan solat dari lima
puluh kali menjadi lima kali sehari. Namun solat yang lima kali itu
pahalanya sama dengan solat yang lima puluh kali.
Menurut hemat kami, kisah
tersebut tidak memiliki sandaran dalam kitab-kitab ulama yang
benar-benar teliti. Kami kira, kisah itu tersebut merupakan rekayasa
orang-orang Yahudi di mana mereka masuk Islam dan mereka memenuhi
kitab-kitab dengan dongeng-dongeng khurafat dan mereka menisbatkannya
kepada Rasul. Prasangka tersebut didukung oleh pemilihan Musa sebagai
seorang Nabi yang mengusulkan kepada Rasul saw agar meminta
keringanan atas umatnya sehingga terkesan Nabi Musa menjadi seseorang
yang lebih mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh Nabi
Muhammad. Kami sendiri cenderung untuk menolak kisah tersebut dengan
keyakinan bahawa pertemuan Nabi dengan Allah SWT menimbulkan rasa
kebesaran dan kewibawaan yang luar biasa sehingga ketika Nabi telah
pergi, maka sangat berat baginya untuk kembali lagi.
Nabi menyaksikan dan melihat
hal-hal yang tidak mampu diungkap oleh lisan dan tidak mampu ditulis
dengan pena. Beliau berada di suatu keadaan yang tidak dapat difahami
oleh manusia biasa. Al-Qur'an al- Karim sengaja tidak menyebutkan apa
saja yang di lihat oleh Nabi kerana itu merupakan rahsia antara Nabi
dan Tuhannya dan mukjizat yang khusus yang diperuntukkan baginya
sebagai bentuk penghormatan kepadanya. Jadi Al-Qur'an sengaja tidak
menyebutkan itu semua untuk menegaskan bahawa beliau melihat tanda
dari tanda-tanda kebesaran Tuhannya.
Kami tidak mengetahui apa yang di
lihat oleh Nabi. Hal yang dapat kami bayangkan adalah, bahawa Nabi
bersujud dengan khusyuk di hadapan Tuhannya dan beliau menangis
kerana gembira. Kesedihan hatinya telah hilang selamanya. Setelah
Nabi melihat rahsia dan setelah penghormatan yang besar ini, beliau
kembali menemani Buraq dan pergi bersama Jibril untuk kembali ke
bumi. Beliau kembali dan mendapati tempat tidurnya masih dingin.
Bagaimana beliau pergi dan kembali sementara tempat tidurnya belum
dingin? Berapa lama waktu yang diperlukannya saat melakukan
perjalanan tersebut? Hanya Allah SWT semata yang mengetahui. Yang
kita ketahui adalah, bahawa Rasulullah saw kembali ke tempat tidurnya
setelah Isra' dan Mi'raj dan hatinya dipenuhi dengan kegembiraan
serta dadanya dipenuhi dengan ketenangan dan kepuasan serta kefanaan
dalam cinta kepada Allah SWT.
Kemudian datanglah waktu pagi.
Nabi menceritakan perjalanan dan pengalaman tersebut kepada
sahabat-sahabatnya dan orang-orang Musyrik sehingga berimanlah
orang-orang yang beriman padanya dan mendustakan kepadanya
orang-orang yang mendustakannya. Namun beliau tidak peduli dengan
semua itu. Nabi terus melangsungkan perjuangannya dengan penuh
kesabaran.
Akhirnya,
datanglah suatu masa di mana Nabi saw mengetahui bahawa dakwah Islam
di Mekah telah mengalami penekanan yang luar biasa sehingga keadaan
sangat tidak mendukung bagi kaum Muslim. Rasulullah saw bergerak
dengan dakwahnya. Lalu Allah SWT mewahyukan kepadanya agar ia
berhijrah. Kemudian mulalah Nabi berhijrah di jalan Allah SWT setelah
tiga belas tahun beliau di Mekah. Islam
ingin membangun negaranya dan ingin menghilangkan pengepungan dan
serangan kaum musyrik. Mula-mula terjadilah perubahan sedikit dalam
keadaan kaum Muslim.
Rasulullah saw keluar dalam musim
haji untuk menunjukkan dirinya pada kabilah-kabilah Arab sebagaimana
yang beliau lakukan pada setiap musim. Beliau berada di tempat yang
bernama 'Aqabah, lalu beliau bertemu dengan jemaah dari Khazraj.
Rasulullah saw berkata kepada mereka, "siapa kalian?"
Mereka menjawab: "Kami berasal dari kelompok Khazraj."
Beliau berkata. "apakah kalian termasuk pembantu kaum Yahudi?"
Mereka menjawab, "benar." Beliau berkata, "maukah
kalian duduk bersama aku kerana aku ingin sedikit berbicara dengan
kalian." Mereka menjawab: "Boleh." Kemudian mereka
duduk bersama Nabi lalu beliau mengajak mereka untuk mengikuti agama
Allah SWT.
Rasulullah saw sedikit
menceritakan Islam kepada mereka dan membacakan Al-Qur'an. Enam orang
mendengarkan apa yang disampaikan oleh Nabi saw. Setelah beliau
selesai dari pembicaraannya, mereka membenarkannya dan beriman
kepadanya. Kemudian mereka menceritakan kepada Nabi saw bahawa mereka
meninggalkan kaumnya kerana kaum mereka terlibat peperangan dan
kebencian. Mudah- mudahan Allah SWT mengumpulkan mereka dengan
kedatangan Nabi saw yang mulia ini. Mereka memberitahu Nabi saw
bahawa mereka akan menceritakan kepada kaumnya apa yang mereka dengar
dari Nabi saw dan akan mengajak mereka untuk memenuhi dakwah Nabi.
Keenam lelaki itu kembali ke kota
Madinah yang berubah namanya menjadi Madinah Munawarah yang
sebelumnya ia bernama Yatsrib di zaman jahiliah. Allah SWT
berkehendak untuk meneranginya dengan Islam. Para lelaki itu kembali
ke Madinah dan mereka membawa Islam di hati mereka sehingga banyak
orang yang masuk Islam.
Kemudian
datanglah musim haji dan keluarlah dari Madinah dua belas orang
lelaki dari orang-orang yang beriman yang di antara mereka terdapat
enam orang yang Rasulullah saw telah berdakwah kepada mereka pada
musim yang dulu dan Nabi saw menemui mereka di 'Aqabah. Kemudian
Nabi melakukan solat pada mereka agar mereka mempertahankan keimanan
dan membela dakwah kebenaran serta kemanusiaan.
Kaum lelaki itu kembali ke
Madinah disertai salah seorang yang terpercaya dari tokoh Islam yaitu
Mus'ab bin Umair di mana ia menjadi utusan Rasulullah saw di Madinah
dan ia mengajari manusia tentang agama mereka dan membacakan kepada
mereka Al-Qur'an dan menyerukan kebenaran kepada manusia sehingga
tersebarlah Islam di Madinah. Penduduk Madinah mulai bertanya-tanya,
mengapa saudara- saudara kita kaum Muslim Mekah ditindas? Mengapa
Rasul saw keluar untuk berdakwah dan menebarkan rahmat tetapi beliau
justru mendapatkan angin kebencian? Sampai kapan kita akan membiarkan
Rasulullah saw teraniaya dan terusir di Mekah?
Demikianlah, pergilah tujuh puluh
orang ke Mekah, tujuh puluh orang dari penduduk Madinah Munawarah.
Mereka pergi ke 'Aqabah dalam keadaan sendirian dan
berkelompok-kelompok. Islam telah menghasilkan buah pertamanya dalam
hati mereka sehingga hati mereka dipenuhi cinta kepada Allah SWT dan
Rasul-Nya serta kaum Muslim. Penderitaan yang dialami kaum Muslim
mempengaruhi jiwa mereka dan mencegah mereka dari mendapatkan
kenikmatan tidur dan nikmatnya memakan dan nikmatnya kehidupan.
Orang-orang yang baik itu datang dan berniat kepada Rasul saw untuk
membela beliau menolongnya dan melindunginya serta siap untuk mati di
jalannya. Mereka datang setelah hati mereka diliputi oleh Islam dan
mereka memberikan segala sesuatu untuk dakwah yang baru; mereka
datang sebagai pencinta-pencinta kebenaran.
Kitab-kitab hadis yang suci
meriwayatkan apa yang terjadi pada baiat 'Aqabah al-Kubra. Dalam
kitab tersebut dikatakan bahawa Abbas Ibnu Abdul Muthalib datang
bersama Nabi dan saat itu ia masih berada dalam agama kaumnya. Ia
ingin menyelesaikan urusan anak pamannya. Ketika ia duduk dan
berbicara, ia mengatakan suatu pernyataan yang mengisyaratkan bahawa
Muhammad saw mendapatkan kemuliaan dari kaumnya dan kekuatan di
negerinya tetapi ia enggan dan memilih untuk bergabung bersama kalian
wahai penduduk Madinah. Jika kalian memenuhi janjinya dan
melindunginya, maka ambillah ia, namun jika kalian khawatir jika
suatu saat nanti akan mengkhianatinya, maka mulai dari sekarang
biarkanlah ia di negerinya.
Kata-kata Abbas tersebut berasal
dari fanatisme kesukuan dan ikatan darah keluarga namun penduduk
Madinah tidak begitu peduli dengan kalimat Abbas itu kerana ia bukan
termasuk dari agama mereka dan ia tidak mengetahui tingkat cinta
kepada Rasul saw yang mereka capai. Abbas bin Abdul Muthalib menunggu
jawapan dari penduduk Madinah. Lalu mereka berkata kepadanya, "Kami
telah mendengar apa yang engkau katakan, maka berbicaralah ya
Rasulullah, ambillah untuk dirimu dan Tuhanmu apa saja yang engkau
sukai."
Kita
ingin mengamati jawapan sekelompok orang yang mukmin dari penduduk
Madinah ini sehingga Rasulullah saw berbicara. Jawapan yang dicari
oleh Abbas bin Abu Muthalib tersembunyi dalam pernyataan Nabi.
Demikianlah setelah Rasulullah saw mengucapkan kalimatnya, maka tidak
keluar penyataan apa pun. Cukup hanya Nabi yang berbicara dan mereka
hanya menaatinya. Mereka meminta kepada beliau agar mengambil pada
dirinya dan Tuhannya apa saja yang beliau sukai; mereka merasa tidak
memiliki apa-apa dan tidak memiliki keputusan. Nabi
berbicara lalu beliau membaca Al-Qur'an dan mengajak ke jalan Allah
SWT. Kemudian beliau berbicara tentang Islam dan beliau membaiat
mereka agar membantu beliau sehingga mereka pun membaiat kepadanya.
Demikianlah terjadinya baiat 'Aqabah al-Kubra.
Orang-orang yang terpilih oleh
Allah SWT itu mengetahui bahawa sebentar lagi mereka akan diajak
untuk mengangkat senjata: mereka diajak untuk mendapatkan kematian di
bawah naungan pedang. Mereka menenangkan Rasulullah saw bahawa beliau
akan mendapati orang-orang yang sudah terlatih dalam peperangan
kerana mereka mewarisi dari datuk-datuk mereka.
Salah seorang dari tujuh puluh
orang itu menyebutkan masalah yang penting. Abul Haitsyam berkata:
"sesungguhnya di antara orang-orang Madinah dan Yahudi terdapat
suatu tali ikatan, maka mereka boleh jadi akan memutuskannya lalu,
apakah sikap yang harus kita ambil jika mereka lakukan hal itu dan
memusuhi orang-orang Yahudi," kemudian Allah SWT menolong Nabi
dan memenangkan atas kaumnya, lalu ia kembali kepada mereka dan
meninggalkan mereka di bawah kasih sayang orang-orang Yahudi.
Perhatikanlah bahawa pertanyaan
tersebut berkisar pada kecintaan kepada Nabi dan keinginan agar Nabi
tetap bersama mereka selama perjalanan hari dan bulan. Masalah yang
dituntut oleh Abbas bin Abdul Muthalib secara jelas adalah masalah
perlindungan mereka kepada Nabi, di mana hal tersebut tidak lagi
diperdebatkan oleh orang-orang yang terpilih dari penduduk Madinah.
Namun masalah yang mereka inginkan adalah masalah perlindungan Nabi
dan keberadaan Nabi bersama mereka di Madinah.
Nabi tersenyum dan beliau
mengatakan kalimat-kalimat yang justru menekankan bahawa ikatan
akidah lebih kuat daripada ikatan darah. Beliau berkata: "Tetapi
darah adalah darah dan kehancuran adalah kehancuran. Aku dari kalian
dan kalian dariku aku akan memerangi orang-orang yang kalian perangi
dan aku akan berdamai dengan orang- orang yang kalian berdamai dengan
mereka."
Akhirnya, penduduk Madinah pergi
dan kembali ke negeri mereka. Kemudian berita tentang baiat ini
sampai ke telinga orang-orang Mekah dan para tokoh musyrik, lalu
mereka justru menambah penekanan kepada Rasulullah saw dan kaum
Muslim.
Para
preman Mekah berkumpul di Darul Nadwah. Mereka
menetapkan akan mengambil sesuatu keputusan penting berkaitan dengan
Nabi. Salah seorang dari mereka mengusulkan agar beliau dibelenggu
dengan besi lalu dibuang di penjara sehingga beliau mati kelaparan.
Sebahagian
lagi mengusulkan agar beliau dibuang dari Mekah dan diusir. Abu Jahal
mengusulkan agar mereka mengambil dari setiap keluarga dari keluarga-
keluarga Quraisy seorang pemuda yang kuat, kemudian setiap dari
mereka diberi pedang yang terhunus dan hendaklah mereka memukulkan
pedang itu ke tubuh Nabi. Jika mereka berhasil membunuhnya nescaya
semua kabilah bertanggungjawab terhadap darah sang Nabi dan Bani
Hasyim tidak akan mampu menuntut dan memerangi orang Arab semuanya
dan mereka akan menerima diat sebagai tebusan dari pembunuhan itu.
Demikianlah
persekongkolan itu digelar dan mereka sepakat untuk melaksanakan hal
itu. Namun Al-Qur'an al-Karim menyingkap persekongkolan yang
dilakukan orang-orang kafir itu dalam firman-Nya:
"Dan (ingatlah), ketika
orang-orang kafir memikirkan tipu daya terhadapmu untuk menangkap dan
memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan
tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baih Pembalas tipu daya." (QS.
al-Anfal: 30)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar