KISAH NABI IDRIS A.S.
Idris atau Nabi
Idris a.s. (Arab:
إدريس
) adalah salah
seorang rasul yang
merupakan putra Adam yang
pertama kali diberikan hak kenabian oleh Allah setelah Adam sendiri
dan Shiyth
a.s.(Set menurut Yahudi dan Nasrani).
Dalam Alkitab,
Idris dikenal dengan nama Henokh.
Nabi
Idris adalah keturunan keenam dari Nabi
Adam,
putra dari Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin Anusy
bin Shiyth bin Adam
a.s.
yang menjadi keturunan pertama yang diutus
menjadi nabisetelah Adam dan Shiyth.
Menurut kitab tafsir, beliau hidup 1.000 tahun setelah Nabi
Adam wafat.
Nabi
Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran,
serta kemampuan untuk menciptakan alat-alat untuk mempermudah
pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematika, astronomi,
dan lain sebagainya. Menurut suatu kisah, terdapat suatu masa di mana
kebanyakan manusia akan melupakan Allah sehingga Allah menghukum
manusia dengan bentuk kemarau yang berkepanjangan. Nabi
Idris pun turun tangan dan memohon kepada Allah untuk
mengakhiri hukuman tersebut. Allah mengabulkan
permohonan itu dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan ditandai
turunnya hujan.
Nabi
Idris diperkirakan bermukim di Mesir di
mana ia berdakwah untuk menegakkan agama Allah,
mengajarkan tauhid, dan beribadah menyembah Allah serta memberi
beberapa pendoman hidup bagi pengikutnya supaya selamat dari siksa
dunia dan akhirat.
Menurut
buku berjudul The
Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris,
Idris adalah sebutan atau namaArab bagi Enoch,
nenek moyang Nabi
Nuh.
Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai
manusia pilihan Allah sehingga
Dia mengangkatnya ke langit. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya
meriwayatkan bahwa Nabi Idris wafat saat beliau sedang berada di
langit keempat ditemani oleh seorang malaikat.
Beliau hidup sampai usia 82 tahun
Nabi Idris Kedatangan Tamu
Nama
Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau
dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus)
kitab Allah SWT.
Setiap
hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau
memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan
tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu
diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta
upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan
amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat
rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian
Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi
menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi
Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu
berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa
makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.
Kemudian
baginda beribadah sepanjang malam. Pada
suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan
dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris
berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati
makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi
Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan
setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan
melihat sikap Malaikat itu.
Kemudian
beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya
untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab:
Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”
Maka
berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis
tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada
suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai
Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan?
Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak
mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan
yang haram?”
Malaekat
Izrail mencabut nyawa Nabi Idris atas permintaannya.
Kemudian
Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak
terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat
hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan
pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan
sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan
hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian
beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan
yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah
yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?” “Benar ya Idris.”
“Sedangkan
tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut
nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai
Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya
cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku
ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai
Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk
mencabut nyawaku?”
“Saya
datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku
itu.”
“Wahai
Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar
tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah
menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah
aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”
Malaikat
Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa
seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu
Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa
Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi
Idris pun merasakan kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut melihat
kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba
dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali
sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun
dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
Malaekat
Izrail membawa Nabi Idris ke Syurga dan ke Neraka
Kemudian
Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai
saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila
seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya
maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang
saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu,
belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai
Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya
sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah
kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan
dahsyatnya api neraka itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke
Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”
Akhirnya
Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris
ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka
itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT
untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas,
ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih,
pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan
lain-lain.
Setelah
merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang.
Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai
Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat
menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat
melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi
kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi
ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke
dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.
Lalu
Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa
Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian
pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan
mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat
pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam
kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya.
Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang
mengalir dan lain-lain.
Kemudian
Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah
merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka.
Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah
mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk
menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka
Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin
kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi
Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah
salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah
beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut:
“Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam
Syurga.
Malaikat
Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka
masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga
Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai
Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:
“Setiap
yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)
(Ali-Imran: 185)
Sedangkan
saya telah merasakan kematian. Dan
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan
tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka
itu.”
(Maryam: 71)
(Maryam: 71)
Dan
saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang
bermaksud:
“…
Dan mereka sekali-kali tidak akan
dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48)
(Al-Hijr: 48)
Maka
Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia,
kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat
tinggal di Syurga.”
Allah
menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW
dengan firman-Nya bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada
mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia
adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami
telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)
Idris
di dalam Al-Qur’an dan Hadits
Terdapat
empat ayat yang berhubungan dengan Idris dalam Al-Qur’an, dimana
ayat-ayat tersebut saling terhubung didalam Surah
Maryam (Maryam)
dan Surah
Al-Anbiya’ (Nabi-nabi).
“
|
”
|
“
|
”
|
Dalam
sebuah hadits, Idris disebutkan
sebagai salah seorang dari nabi-nabi pertama yang berbicara
dengan Muhammad dalam
salah satu surga selama Mi’raj.
Diriwayatkan
dari Abbas bin Malik: … Gerbang telah terbuka, dan ketika aku pergi
ke surga keempat, disana aku melihat Idris. Jibril berkata
(kepadaku). ‘Ini adalah Idris; berilah dia salammu.’ Maka aku
mengucapkan salam kepadanya dan ia mengucapkan salam kepadaku dan
berkata. ‘Selamat datang, O saudaraku yang alim dan nabi yang
saleh.; … Sahih
Bukhari5:58:227
Idris
dipercayai sebagai seorang penjahit berdasarkan hadits ini:
Ibnu
Abbas berkata,
“Daud adalah seorang pembuat perisai, Adam seorang petani, Nuh
seorang tukang kayu, Idris seorang penjahit dan Musa adalah
penggembala.” (dari al-Hakim)
Nasihat dan Ajaran
Berikut ini adalah beberapa
nasihat dan untaian kata mutiara Nabi Idris.
2.
Orang
yang bahagia adalah orang yang waspada dan mengharapkan syafaat
dari Tuhannyadengan
amal-amal salehnya.
3.
Bila
kamu memohon sesuatu kepada Allah dan
berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula
(untuk) puasa dan shalatmu.
4.
Janganlah bersumpah palsu dan janganlah menutup-nutupi sumpah palsu
supaya kamu tidak ikut berdosa.
5.
Taatlah
kepada rajamu dan tunduklah kepada pembesarmu serta penuhilah selalu
mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.
6.
Janganlah
iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya karena mereka tidak
akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
7.
Barang
siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
8.
Tanpa
membagi-bagikan nikmat yang diperolehnya, seseorang tidak dapat
bersyukur kepada Allah
atas nikmat-nikmat yang diperolehnya itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar