KISAH NABI
SYU’AIB A.S.
Menurut
Islam, Syu'aib adalah salah satu dari 4 nabi bangsa Arab. Tiga nabi
lainnya adalah Hud, Shaleh,
dan Muhammad.
Ia seorang nabi yang dijuluki juru pidato karena kecakapan dan
kefasihannya dalam berdakwah.
Dia
diyakini merupakan cicit laki-laki Ibrahim.
Dia diutus sebagai nabi untuk kaum Madyan untuk memperingatkan mereka
karena kecurangan-kecurangan mereka. Ketika mereka tidak menyesali
perbuatannya, Allah menghancurkan kaum tersebut
Kaum
Madyam, kaumnya Nabi Syu'ib, adalah segolongan bangsa Arab yang
tinggal di sebuah daerah bernama "Ma'an" di pinggir negeri
Syam. Mereka
terdiri dari orang-orang kafir tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa.
Mereka menyembah kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir
yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan
istiadat mereka sudah sangat jauh dari ajaran agama dan pengajaran
nabi-nabi sebelum Nabi Syu’ib a.s.
Banyak
orang di zaman kita beranggapan bahawa agama hanya merupakan
program-program yang kosong dan nilai-nilai akhlak semata. Ini adalah
keyakinan klasik dan salah. Pada hakikatnya, agama adalah sistem
dalam kehidupan dan pergaulan. Intinya ialah hubungan dengan Allah
s.w.t. Oleh kerana itu, usaha memisahkan antara masalah-masalah
tauhid dan perilaku manusia dalam kehidupan mereka sehari-hari
bererti memisahkan agama dari kehidupan dan mengubahnya menjadi adat-
istiadat, tradisi-tradisi, dan acara-acara ritual yang hampa. Kisah
Nabi Syu’ib menampakkan hal yang demikian secara jelas.
Allah
s.w.t mengutus Syu’ib pada penduduk Madyan:
"Dan
kepada (penduduk) Madyan (kami utus) saudara mereka, Syu 'ib. Ia
berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu
selain Dia.'" (QS. Hud: 84)
Ini
adalah dakwah yang sama yang diserukan oleh setiap nabi. Dalam hal
ini tidak ada perbezaan antara satu nabi dan nabi yang lain. Ia
merupakan dasar akidah dan tanpa dasar ini mustahil suatu bangunan
akan berdiri. Setelah peletakan bangunan tersebut, Syu’ib mulai
menyuarakan dakwahnya:
"Dan
janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan. Sesungguhnya aku
melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku
khawatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (kiamat)."
(QS. Hud: 84)
Setelah
menjelaskan masalah tauhid secara langsung, Nabi Syu’ib berpindah
pada masalah muamalah sehari-hari yang berkenaan dengan kejujuran dan
keadilan. Adalah hal yang terkenal pada penduduk Madyan bahawa mereka
mengurangi timbangan dan mereka tidak memberikan hak-hak manusia. Ini
adalah suatu kehinaan yang menyentuh kesucian hati dan tangan
sebagaimana menyentuh kesempurnaan harga diri dan kemuliaan.
Para
penduduk Madyan beranggapan bahawa mengurangi timbangan adalah salah
satu bentuk kelihaian dan kepandaian dalam jual-beli serta bentuk
kelicikan dalam mengambil dan membeli. Kemudian nabi mereka datang
dan mengingatkan bahawa hal tersebut merupakan hal yang hina dan
termasuk pencurian. Nabi Syu’ib memberitahukan kepada mereka bahawa
beliau khawatir jika mereka meneruskan perbuatan keji itu nescaya
akan turun kepada mereka azab di mana manusia tidak akan dapat
menghindar dari seksaan itu. Perhatikanlah bagaimana campur tangan
Islam melalui Nabi Syu’ib yang diutus kepada manusia di mana ia
memperhatikan persoalan jual-beli dan mengawasinya:
"Hai
kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah
kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu
membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan." (QS.
Hud: 85)
Nabi
Syu’ib meneruskan misi dakwahnya. Beliau mengulang-ulangi
nasihatnya kepada mereka dengan cara yang baik dan mengajak ke jalan
yang baik, tidak ke jalan yang buruk; beliau menghimbau kepada mereka
untuk menegakkan timbangan dengan keadilan dan kebenaran dan
mengingatkan mereka agar jangan merampas hak-hak orang lain. Merampas
hak-hak orang lain itu tidak terbatas pada jual-beli saja, namun juga
berhubungan dengan perbuatan-perbuatan lainnya; beliau memerintahkan
mereka untuk menegakkan timbangan keadilan dan kejujuran. Demikianlah
seruan dari agama tauhid dan akidah tauhid di mana ia selalu
menyuarakan kejujuran dan keadilan.
Agama
selalu memerintahkan manusia untuk menjalin kerjasama sesama mereka
dalam kehidupan sehari-hari dengan cara-cara yang bijaksana dan baik,
baik menyangkut hubungan kerja, hubungan peribadi mahupun hubungan
lainnya. Al-Quran al-Karim mengatakan: "Dan janganlah kamu
merugikan manusia terhadap hak-hak mereka. "Dan kata as-Syai'
(sesuatu) dalam ayat tersebut diucapkan kepada hal-hal yang bersifat
materi dan yang bersifat non-materi (rohani) di mana masuk dalam
kategori itu perbuatan-perbuatan dan hubungan-hubungan yang
menghasilkan. Al-Quran melarang segala bentuk kezaliman, baik
kezaliman berkenaan dengan menimbang buah-buahan atau sayur- sayuran
mahupun kezaliman dalam bentuk tidak memberikan penghargaan terhadap
usaha manusia dan pekerjaan mereka. Sebab, kelaliman terhadap manusia
akan menciptakan suasana ketidakharmonisan yang berakibat pada
timbulnya penderitaan, sikap putus asa, dan sikap tidak peduli,
sehingga pada akhirnya hubungan sesama manusia berjalan tidak
harmonis dan menimbulkan kegoncangan dalam kehidupan. Oleh
kerana itu, Al-Quran mengingatkan agar jangan sampai ada manusia yang
berbuat kerosakan di muka bumi:
"Dan janganlah kamu
membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan. Sisa
(keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu
orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas
dirimu." (QS. Hud: 85-86)
Yang di maksud al-'Atsu ialah
sengaja membuat kerosakan dan bertujuan untuk membuat kerosakan.
Janganlah kalian membuat kerosakan di muka bumi; janganlah kalian
sengaja untuk menciptakan keonaran di muka bumi. Apa yang ada di sisi
Allah s.w.t adalah hal yang terbaik buat kalian jika kalian
benar-benar beriman. Kemudian Nabi Syu’ib memberitahu kepada mereka
bahawa ia tidak memiliki sesuatu kepada mereka; ia tidak dapat
menguasai mereka tidak juga ia selalu mengawasi mereka. Beliau hanya
sekadar seorang rasul atau utusan untuk menyampaikan ajaran Tuhannya:
"Dan aku bukanlah seorang
penjaga atas dirimu. " (QS. Hud: 86)
Dengan cara yang demikian, Nabi
Syu’ib menjelaskan kaumnya bahawa masalah yang mereka hadapi saat
ini sangat penting dan sangat serius, bahkan sangat berat. Beliau
memberitahu mereka akibat yang bakal mereka terima jika mereka
membuat kerosakan. Selesailah bahagian pertama dari dialog Nabi
Syu’ib bersama kaumnya. Nabi Syu’ib telah mengawali pembicaraan
dan kaumnya mendengarkan. Kemudian beliau berhenti dari
pembicaraannya dan sekarang kaum membuka pembicaraan:
"Mereka berkata: 'Hai
Syu’ib, apakah agamamu yang menyuruh agar kami meninggalkan apa
yang disembah oleh bapak-bapak kami atau melarang dan berbuat apa
yang kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah
orang yang sangat penyantun lagi berakal " (QS. Hud: 87)
Para penduduk Madyan yang kafir
mereka biasa merampok dan menyembah al-Aikah, yaitu pohon dari al-Aik
yang dikelilingi oleh dahan- dahan yang berputar di sekelilingnya.
Mereka termasuk orang-orang yang menjalin hubungan sesama manusia
dengan cara-cara yang sangat keji. Mereka suka mengurangi timbangan;
mereka mengambil yang lebih darinya dan tidak menghiraukan
kekurangannya. Perhatikanlah semua itu dalam dialog mereka bersama
Syu’ib. Mereka berkata, "wahai Syu’ib apakah agamamu yang
memerintahkanmu...?" Seakan-akan agama ini mendorong Syu’ib
dan membisikinya serta memerintahnya sehingga ia mentaati tanpa
pertimbangan dan pemikiran. Sungguh Syu’ib telah berubah dengan
agamanya itu menjadi alat yang bergerak dan alat yang tidak sedar.
Demikianlah celaan dan tuduhan keji yang dialamatkan oleh kaum Nabi
Syu’ib kepadanya. Agama Syu’ib telah membuatnya gila dan
membuatnya nekad untuk memerintahkan mereka meninggalkan apa yang
selama ini mereka sembah dan disembah oleh kakek-kakek mereka.
Kakek-kakek mereka telah menyembah tumbuh-tumbuhan dan pohon- pohonan
sementara agama Syu’ib memerintahkan mereka untuk hanya menyembah
Allah s.w.t. Kenekatan model apa dari Syu’ib ini?
Dengan ejekan dan penghinaan ini,
Nabi Syu’ib menghadapi dialog yang terjadi dengan mereka. Kemudian
mereka kembali bertanya-tanya dengan penuh keheranan dan dengan nada
mengejek: "Apakah agamamu yang menyuruh agar kami meninggalkan
apa yang disembah oleh bapak- bapak kami." Tidakkah engkau sedar
wahai Syu’ib bahawa agamamu ingin mencampuri keinginan kita dan
cara kita menggunakan harta kita? Apakah hubungan keimanan dan salat
dengan muamalah materi?
Dengan
pertanyaan ini, kaum Nabi Syu’ib mengira bahawa mereka mencapai
suatu tingkat kecerdasan. Mereka
mengemukakan di hadapannya masalah keimanan, dan mereka mengingkari
adanya keterkaitan antara perilaku manusia dan muamalah mereka serta
perekonomian mereka. Ini adalah masalah yang klasik; ini adalah usaha
untuk memisahkan antara ekonomi dan Islam di mana setiap nabi justru
di utus untuknya meskipun nama-nama mereka berbeza-beza; ini adalah
masalah kuno yang diungkap oleh kaum Nabi Syu’ib di mana mereka
mengingkari bahawa agama turut campur dalam kehidupan sehari-hari
mereka, perekonomian mereka dan cara mereka menggunakan harta mereka.
Mereka menganggap bahawa menginfakkan harta atau menggunakannya atau
menghambur-hamburkannya adalah suatu yang tidak berhubungan dengan
agama. Hal itu menyangkut kebebasan peribadi manusia. Bukankah itu
hartanya yang khusus lalu mengapa agama turut campur di dalamnya?
Demikianlah pemahaman kaum Nabi
Syu’ib kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Syu’ib. Kami kira
pemahaman demikian sedikit atau banyak tidak berbeza dengan pemahaman
banyak masyarakat di zaman kita sekarang mereka menganggap
bahawasanya Islam tidak memiliki kaitan dengan kehidupan peribadi
manusia dan kehidupan perekonomian mereka. Oleh kerana itu, manusia
dapat menggunakan harta mereka sesuai dengan kemahuan mereka:
"Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi
berakal."
Mereka ingin mengatakan kepada
Nabi Syu’ib, seandainya engkau seorang yang bijaksana dan memiliki
pemikiran yang matang nescaya engkau tidak akan mengatakan apa yang
telah engkau katakan. Mereka kembali mengejek Nabi Syu’ib dan
merendahkan dakwahnya. Seandainya Anda bertanya kepada kaum Nabi
Syu’ib tentang pemahaman agama mereka maka mereka pasti mengingkari
bahawa agama adalah sebagai sistem dalam kehidupan yang menjadikan
hidup lebih mulia, lebih suci, lebih adil dan lebih pantas manusia
untuk menjabat sebagai khalifatullah di muka bumi; seandainya Anda
bertanya kepada mereka tentang agama nescaya mereka memberitahumu
bahawa ia hanya berupa kumpulan nilai-nilai rohani yang baik yang
tidak mewarnai kehidupan sehari-hari. Dengan pemahaman seperti ini,
agama hanya sekadar hiasan. Ini adalah pemahaman yang menggelikan
kerana Allah s.w.t mengutus para nabi dan ajaran-ajaran yang mereka
bawa bukan untuk perhiasan dan main- mainan.
Maha
Suci Allah s.w.t dari semua itu. Allah s.w.t mengutus para nabi-Nya
dengan membawa sistem baru dalam kehidupan, yaitu sistem yang
mencakup nilai-nilai dan pemikiran-pemikiran yang itu semua tidak
akan bermakna jika tidak berubah menjadi suatu sistem dalam kehidupan
secara umum dan mengatur kehidupan secara khusus. Dengan
pemahaman seperti inilah agama menjadi mulai dan agama menjadi benar
adanya. Dan dengan asumsi seperti ini, kita memahami seberapa jauh
campur tangan agama dalam persoalan-persoalan kehidupan sehari- hari:
dimulai dari hubungan-hubungan cinta sampai undang-undang
perkahwinan, bahkan cara mengambil keputusan hidup sampai sistem
dalam menginfakkan wang dan menggunakannya, juga sistem dalam cara
menggunakan dan mengagihkan kekayaan dan sebagainya. Jika
manusia memahami agama seperti ini maka jadilah agama sesuatu
kebenaran. Dan kalau tidak, agama laksana puing-puing saja.
Nabi Syu’ib mengetahui bahawa
kaumnya mengejeknya kerana mereka menganggap agama tidak turut campur
dalam kehidupan sehari-hari. Namun, beliau menghadapi semua itu
dengan penuh kelembutan dan kasih sayang kerana beliau yakin apa yang
beliau bawa adalah kebenaran. Beliau tidak peduli dengan ejekan
mereka dan tidak tersinggung dengannya dan tidak mempersoalkan hal
itu; beliau memberi pengertian kepada mereka bahawa beliau berada di
atas kebenaran dari Tuhannya; beliau adalah seorang nabi yang
mengetahui kebenaran; beliau tidak melarang mereka untuk meninggalkan
sesuatu yang di balik larangan itu mendatangkan keuntungan peribadi
buatnya; beliau tidak ingin menasihati mereka dalam kejujuran agar
pasar menjadi sepi dan kerananya beliau mengambil manfaat; beliau
hanya sekadar seorang nabi di mana dakwah setiap nabi tergambar dalam
ungkapan yang singkat:
"Aku tidak bermaksud
kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. "
(QS. Hud: 88)
Yang beliau inginkan hanya
al-Islah (usaha membuat perbaikan). Demikianlah kandungan dan inti
dakwah para nabi yang sebenarnya. Mereka adalah al-Muslihun, yaitu
orang-orang yang membuat perbaikan; mereka memperbaiki akal,
memperbaiki hati dan memperbaiki kehidupan yang umum dan kehidupan
yang khusus:
"Syu’ib berkata: 'Hai
kaumku, bagaimana fikiranku jika aku mempunyai bukti yang nyata dari
Tuhanku dan dianugerahi-Nya aku dari-Nya rezeki yang baik (patutkah
aku menyalahi perintah-Nya)? Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu
(dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali
(mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak
ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada
Allah bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah
aku kembali.'" (QS. Hud:
88)
Setelah Nabi Syu’ib menjelaskan
tujuan-tujuannya kepada mereka dan menyingkapkan kebenaran dakwahnya,
beliau mulai mengotak-atik akal- akal mereka; beliau mengungkapkan
kepada mereka bagaimana pergelutan orang-orang sebelum mereka dengan
para nabi sebelumnya, yaitu kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud, kaum Nabi
Saleh, dan kaum Nabi Luth yang masa mereka tidak jauh dengan masa
Nabi Syu’ib. Beliau mulai berdialog dengan mereka dan mengingatkan
mereka bahawa sikap penentangan mereka justru akan mendatangkan
seksaan bagi mereka. Nabi Syu’ib mengingatkan mereka bagaimana
nasib orang-orang yang mendustakan kebenaran:
"Hai kaumku, janganlah
hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu
menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh
atau kaum Hud atau kaum Saleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh
(tempatnya) dari kamu. Dan mohonlah ampun dari Tuhanmu kemudian
bertaubatlah kepada- Nya,sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi
Maha Pengasih. " (QS. Hud: 89-90)
Usai Nabi Syu’ib berdakwah
kepada Allah s.w.t dan menjelaskan al-ishlah (usaha memperbaiki
masyarakat) dan mengingatkan mereka bahaya penentangan serta
menakut-nakuti mereka dengan menceritakan kembali seksaan yang
diterima orang-orang yang berbohong sebelum mereka. Meskipun
demikian, Nabi Syu’ib tetap membukakan pintu pengampunan dan pintu
taubat bagi mereka. Beliau menunjukkan kepada mereka kasih sayang
Tuhannya Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Namun kaum Nabi
Syu’ib memilih azab. Kekerasan hati mereka dan keinginan mereka
untuk mendapatkan harta yang haram serta rasa puas dengan sistem yang
mengatur mereka, semua itu menyebabkan mereka menolak kebenaran:
"Mereka berkata: 'Hai
Syu’ib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan
itu.'" (QS. Hud: 91)
Kami tidak memahamimu. Engkau
adalah seorang yang mengacau; engkau mengatakan sesuatu yang tidak
dimengerti:
"Dan sesungguhnya kami
benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami."
(QS. Hud: 91)
Beliau dikatakan sebagai orang
yang lemah kerana orang-orang fakir dan orang-orang yang menderita
adalah orang-orang yang beriman padanya, sedangkan orang-orang kaya
dan para pembesar telah menentang mereka. Demikianlah pertimbangan
umumnya manusia yang tidak memiliki kekuatan cukup untuk menghadapi
kebenaran dakwah Nabi Syu’ib di mana beliau dianggap sebagai orang
yang lemah:
"Kalau tidaklah kerana
keluargamu tentulah kami akan merejammu."(QS. Hud: 91)
Seandainya kalau bukan kerana
keluargamu dan kaummu dan orang-orang yang mengikutimu nescaya kami
akan menggali suatu lubang dan kami akan bunuh kamu di lubang itu
dengan cara melempari kamu dengan batu:
"Sedang kamu pun bukanlah
seorang yang berwibawa di sisi kami." (QS. Hud: 92)
Kaum Nabi Syu’ib berpindah dari
cara mengejek pada cara menyerang. Nabi Syu’ib telah menyampaikan
bukti kepada mereka setelah mereka mengejeknya, lalu mereka mengubah
cara mereka berdialog. Mereka memberitahunya bahawa mereka tidak
memahami apa yang beliau katakan dan mereka melihat bahawa Nabi
Syu’ib sebagai orang yang lemah dan hina. Dan seandainya kalau
bukan kerana mereka takut (kasihan)
kepada keluarganya nescaya mereka
akan membunuhnya. Mereka menampakkan kebencian kepada Nabi Syu’ib
dan ingin sekali untuk membunuhnya kalau bukan kerana alasan-alasan
yang berhubungan dengan keluarganya. Menghadapi ancaman itu, Nabi
Syu’ib tetap menunjukkan sikap lembutnya lalu beliau bertanya
kepada mereka dengan maksud untuk menggugah ke sekian kalinya akal
mereka:
"Syu’ib
menjawab: 'Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat menurut
pandanganmu daripada Allah. "
(QS. Hud: 92)
Apakah
cukup rasional jika mereka membayangkan hal tersebut? Mereka
melupakan hakikat kekuatan yang mengatur alam. Sesungguhnya hanya
Allah s.w.t Yang Maha Mulia dan Maha Kuat. Seharusnya mereka
mengingat hal itu; seharusnya seseorang tidak takut kepada apapun
selain Allah s.w.t dan tidak membandingkan kekuatan di alam wujud ini
dengan kekuatan Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t Yang Kuat dan hanya
Dia yang mengatur hamba-hamba-Nya.
Tampak bahawa kaum Nabi Syu’ib
mulai kesal dan semakin kesal dengannya, lalu berkumpullah para
pembesar kaumnya:
"Pemuka-pemuka dari kaum
Syu'ib yang menyombongkan diri berkata: 'Sesungguhnya kami akan
mengusir kamu hai Syu’ib dan dengan orang-orang yang beriman
bersamamu dari kota kami, kecuali kamu kembali kepada agama kami.'"
(QS. al-A'raf: 88)
Mereka
menggunakan tahap baru dengan cara mengancam Nabi Syu’ib; mereka
mengancamnya untuk membunuh dan mengusir dari desa mereka; mereka
memberi pilihan kepada Nabi Syu’ib antara terusir dan kembali
kepada agama mereka yang menyembah pohon-pohon dan benda-benda mati.
Nabi Syu’ib memberitahu kepada mereka bahawa masalah kembalinya ia
ke agama mereka adalah masalah yang tidak berhubungan dengan
masalah-masalah yang disebutkan dalam perjanjian. Sungguh Allah s.w.t
telah menyelamatkan beliau dari agama mereka lalu bagaimana beliau
kembali lagi padanya? Beliau yang mengajak mereka pada agama tauhid
lalu bagaimana beliau mengajak mereka untuk kembali pada kesyirikan
dan kekufuran? Beliau
mengajak mereka dengan cara yang lembut dan kasih sayang sementara
mereka
mengancamnya dengan kekuatan.
Demikianlah pertentangan antara
Nabi Syu’ib dan kaumnya semakin berlanjutan. Nabi Syu’ib memegang
amanat dakwah untuk menghadapi para pembesar, para pendusta, dan para
penguasa kaumnya. Akhirnya, Nabi Syu’ib mulai mengetahui bahawa
mereka tidak lagi memiliki harapan kerana mereka telah berpaling dari
Allah s.w.t:
"Sedang
Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya
pengetahuan Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan. Dan (dia
berkata): 'Hai kaumku, berbuatlah menurut kemampuanmu, sesungguhnya
aku pun berbuat (pula). Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan
ditimpa azab yang menghinakannya dan siapa yang berdusta. Dan
tunggulah azab (Tuhan). Sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu."
(QS. Hud:
92-93)
Nabi Syu’ib berlepas diri dari
mereka. Mereka telah berpaling dari agama Allah s.w.t bahkan telah
mendustakan nabi-Nya dan menuduhnya bahawa ia tersihir dan seorang
pembohong. Maka, setiap orang hendaklah melakukan apa saja yang
diinginkannya dan hendaklah mereka menunggu azab Allah s.w.t.
Kemudian pergelutan antara Nabi Syu’ib dan kaumnya berakhir adanya
fasa baru. Mereka meminta kepada Nabi Syu’ib untuk mendatangkan
azab dari langit jika beliau termasuk orang-orang yang benar. Dengan
nada mencabar dan menentang, mereka berkata: "di mana azab itu,
di mana seksaan yang dijanjikan itu? Mengapa terlambat datang?"
Mereka mengejek Nabi Syu’ib dan
beliau dengan tenang menunggu datangnya azab Allah s.w.t. Allah s.w.t
mewahyukan kepada beliau agar keluar bersama orang-orang mukmin dari
desa tersebut. Akhirnya, Nabi Syu’ib keluar bersama para
pengikutnya dan datanglah azab Allah s.w.t:
"Dan tatkala datang azab
Kami. Kami selamatkan Syu’ib dan orang- orang yang beriman
bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari kami, dan orang-orang
lalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah
mereka mati bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum
pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, kebinasaan bagi penduduk
Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa." (QS. Hud: 94-95)
Ia adalah teriakan sekali saja
satu suara yang datang kepada mereka dari celah-celah awan yang
menyelimuti. Mula-mula mereka barangkali bergembira kerana
membayangkan itu akan membawa hujan tetapi mereka dikejutkan ketika
datang kepada mereka seksaan yang besar pada hari yang besar.
Selesailah masalah ini. Mereka
menyedari bahawa teriakan itu membawa bencana buat mereka; teriakan
itu menghanguskan setiap makhluk yang ada di dalam negeri itu. Mereka
tidak mampu bergerak dan tidak mampu menyembunyikan diri dan tidak
pula mereka dapat menyelamatkan diri mereka.
Nabi
Syu'aib mengerti bahwa kaumnya telah ditutup hatinya. Ia berdoa
kepada Allah agar diturunkan azab pada kaum Madyan. Allah mengabulkan
doa Syu'aib dan menimpakan azab melalui beberapa tahap.
Kaum
Madyan pada awalnya diberi siksa Allah melalui udara panas yang
membakar kulit dan membuat dahaga. Saat itu, pohon dan bangunan tidak
cukup untuk tempat berteduh mereka. Namun, Allah memberikan gumpalan
awan gelap untuk kaum Madyan. Kaum Madyan pun menghampiri awan itu
untuk berteduh sehingga mereka berdesak-desakan dibawah awan itu.
Hingga semua penduduk terkumpul, Allah menurunkan petir dengan
suaranya yang keras di atas mereka. Saat itu juga Allah
menimpakan gempa
bumi bagi
mereka, menghancurkan kota dan kaum Madyan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar